PENGURUSAN SISTEM PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA (SPKM) SEPANJANG PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP)

Pandemik COVID-19 telah memberikan kesan yang sangat besar kepada negara-negara di seluruh dunia dan tidak terkecuali Malaysia yang turut terkesan dalam semua aspek. Di Malaysia, kes pertama jangkitan COVID-19 telah dikesan pada 23 Januari 2020 dan Kerajaan telah melaksanakan PKP bermula 18 Mac 2020 sehingga 28 April 2020 di seluruh negara. Berdasarkan kepada perkembangan semasa dan membendung penularan jangkitan COVID-19, Kerajaan telah melanjutkan tempoh PKP ke fasa seterusnya iaitu sehingga 9 Jun 2020. Selaras dengan pelaksanaan PKP, JPK telah membangunkan satu garis panduan sementara berkaitan pengurusan SPKM NDT, merujuk kepada keperluan ISO 9712. Sehubungan itu, pelanjutan tarikh sah laku sijil telah dibenarkan bagi pemegang pemegang sijil yang berkenaan dan calon-calon yang terjejas. Pelanjutan ini dilaksanakan secara automatik dan tidak memerlukan sebarang permohonan. Buat masa ini, tempoh sah laku Sijil yang tidak termasuk dalam tempoh yang dinyatakan adalah tidak termasuk dalam kategori diberi pelanjutan.
0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply