Sijil Kemahiran Malaysia(SKM) Melalui PPT-AMALI
PPT- PENILAIAN AMALI
Yuran: (Sedang Dikemaskini)
Kaedah Bayaran: Cash Deposit/Transfer/Cash
Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) dulu dikenali sebagai Pentauliahan Pencapaian Terdahulu – satu kaedah untuk memberi pengiktirafan kepada mana-mana individu yang boleh membuktikan keterampilan yang digariskan di dalam Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK/NOSS) berdasarkan kepada pengalaman dan pencapaian terdahulu yang dimiliki.
Terbuka kepada sesiapa sahaja yang mempunyai kemahiran dan pengetahuan tanpa mengambil kira bila, bagaimana dan di mana ianya diperolehi sama ada melalui pengalaman kerja, pengalaman hidup ataupun latihan (formal atau tidak formal).
Mengapa perlu SKM? :
1. Memperolehi Sijil dalam masa yang singkat (tidak perlu menghadiri kelas/latihan/menduduki ujian)
2.Peningkatan kerjaya dalam industri pekerjaan anda untuk memerlukan kelayakan formal untuk urusan kenaikan pangkat.
3. Peluang yang lagi luas untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
Apa itu SKM ?
Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) adalah sijil kemahiran yang dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) untuk membuktikan keterampilan dan kemahiran pekerja yang bekerja dalam bidang mengikut piawaian industri.
Mengapa SKM bermanfaat?
SKM diiktiraf oleh semua industri di Malaysia. Memiliki SKM juga dapat membuktikan bahawa anda layak dalam bidang anda mengikut piawaian industri.
Bagaimanakah untuk mendapatkan SKM?
Terdapat beberapa kaedah untuk mendapatkannya. Baru-baru ini, JPK telah menawarkan satu kaedah Penilaian Amali di mana calon diminta untuk melakukan beberapa tugas amali yang diberikan kepadanya untuk membuktikan keterampilan dan kemampuan melaksanakan tugasan tersebut.
Siapakah Kskill Training Centre?
Dilantik oleh JPK sebagai penyelaras dan pengatur sesi penilaian amali.
Tugas utama Kskill Training Centre adalah untuk menyediakan dan menyusun lokasi penilaian amali, menetapkan tarikh penilaian amali, menyediakan kemudahan, pendaftaran calon dan sebagainya.
Terangkan lebih lanjut mengenai aliran Penilaian Amali?
- calon harus memeriksa tarikh penilaian amali terlebih dahulu dan pastikan tugas-tugas amali boleh dilakukan. Selepas itu, sediakan dokumen pendaftaran dan serahkannya lebih kurang 30 hari awal sebelum tarikh penilaian amali. Buat bayaran.
- Serahkan Dokumen Asli ke Pejabat Kskill Training Centre
- Kskill akan menyerahkan dokumen pendaftaran dan bayaran kepada JPK. Pengesahan tarikh sesi penilaian amali akan ditetapkan oleh JPK berdasarkan kejayaan pendaftaran dibuat.
- Kskill akan menghubungi calon melalui sms / WhatsApps / panggilan sekiranya pendaftaran berjaya dibuat.
- Pada tarikh penilaian amali, calon perlu hadir dan dikehendaki melakukan tugas-tugas amali yang diberikan kepadanya di depan Pegawai Penilai Luaran (PPL) yang dilantik oleh JPK sebagai pengesah / saksi sepanjang sesi penilaian amali.
- PPL juga berhak menemuduga calon pada masa penilaian amali dijalankan.
Apa yang akan berlaku sekiranya calon gagal melaksanakan tugasan?
Ini adalah program SKM single-tier yang diluluskan oleh JPK, khas untuk membantu pekerja industri mendapatkan SKM Tahap 3. Sekiranya calon gagal melaksanakan tugasan, beliau tidak dapat memperoleh apa-apa SKM. Oleh itu, kami menyeru calon untuk memahami aliran proses dan memastikan sama ada mampu melaksanakan tugasan sebelum mendaftar.
Kskill tidak akan membayar balik yuran pendaftaran kepada calon sekiranya gagal.
Apakah jaminan seseorang itu boleh lulus?
Kskill Training Centre tidak menjamin seseorang calon lulus. Calon harus terlebih dahulu memahami aliran proses dan memastikan sama ada beliau mampu melaksanakan tugasan tersebut sebelum mendaftar program ini. Ikuti langkah dan soalan yang diberi dan siapkan tugasan dalam masa yang ditetapkan di depan PPL merupakan salah satu kunci kejayaan memiliki SKM.
Syarat Kelayakan
Warganegara Malaysia
Umur
Peserta kenalah berumur minima 18 tahun untuk pemohon untuk SKM-PPT-Amali
Lulus SPM
Peserta kena lulus Sijil Pelajaran Malaysia
Pengalaman Kerja
- Mempunyai Pengalaman kerja 3 tahun untuk memohon tahap 3 dan;
- Mempunyai Pengalaman kerja 2 tahun untuk memohon tahap 2
Program Ditawarkan
Pengurusan Pejabat(FB-024-2:2012)
Penyelia Pengurusan Pejabat(FB-024-3:2012)
Pemasangan & Penyelenggaraan Elektrik- Satu Fasa(EE-320-2:2012)
Pemasangan & Penyelenggaraan Elektrik- Tiga Fasa(EE-320-3:2012)