Vocational Training Operation (VTO)
Vocational Training Operation
Yuran: Rm 3,000.00
Kaedah Bayaran: Cash Deposit/Transfer/Cash
Tempoh Kursus: 9Bulan (3bulan teori & 6 bulan LI di PB Berkaitan)
Objektif Kursus :
* Melahirkan pengajar yang kompeten dan diiktiraf sebagai Operasi Latihan Vokasional (VTO I-031-3) bagi memenuhi keperluan Akta 652 (NASDA).
* MenggalakKan pengajar mengikuti Pembelajaran Sepanjang Hayat.
* Melahirkan pengajar yang dapat menyediakan latihan yang bersistematik
* Melahirkan pengajar yang berkebolehan mengaplikasi kaedah pembelajaran dan pengajaran yang berkesan
* Melahirkan pengajar yang dapat meralisasikan pengetahuan, kemahiran dan sikap yang diperlukan didalam pendidikan kemahiran dan industri semasa.
Peluang Kerjaya :
1. Berpeluang menjadi tenaga pengajar (TP)/ Pegawai Penilai (PP) di Pusat-pusat bertauliah JPK/ Swasta.
2. Berpeluang menjadi Tenaga Pakar dan didaftarkan dalam Direktori Pakar Industri Negara (DPIN).
3. Berpeluang membuka Pusat Bertauliah di dalam bidang kemahiran tertentu di mana Sijil VTO (Operasi Latihan Vokasional) menjadi pra-syarat untuk tujuan tersebut.
Group Whatsapp: Serta
Apa itu VTO ?
Vocational Training Officer ( Pegawai Latihan Vokasional ) . VTO ni adalah kursus dan jawatan. Untuk melayakkan sesiapa ada kelayakan nak jadi Cikgu / Guru / Tenaga Pengajar.
Apa kegunaan VTO ?
Untuk melayakkan kepada lepasan pelajar SKM atau lepasan Diploma / Ijazah atau sesiapa yang berminat untuk menjadi Tenaga Pengajar. Contohnya, kepada mereka yang mempunyai pengalaman bekerja di industri, dan ingin menceburi bidang Tenaga Pengajar / Guru di mana-mana Pusat Bertauliah berdasarkan kursus SKM yang telah diambil sebelum ini.
Jadi Tenaga Pengajar? Untuk mengajar apa ?
Pelajar akan diajar dengan 10 modul dalam kursus VTO ini dan di industri nanti, pelajar akan mengajar dalam bidang kemahiran yang telah diambil sebelum ini. Contohnya, pelajar jahitan dari mana-mana kolej komuniti, dia sedang di dalam perniagaan jahitan di samping, dia berminat untuk menjadi Cikgu / Guru / Tenaga Pengajar. Dia perlu ambil kursus VTO untuk melayakkan dia menjadi Cikgu / Guru / Tenaga Pengajar.
Saya tidak mempunyai sebarang Sijil, tapi saya ada kemahiran, boleh ke saya mengajar?
Boleh, anda perlu mendapatkan sijil di dalam bidang kemahiran anda dengan bantuan kami iaitu Penilaian Pencapaian Terdahulu (SKM-PPT), masa yang sama anda ambil sijil VTO. Selesai semua, lengkaplah anda sebagai tenaga pengajar di dalam bidang kemahiran anda.
Berapakah lamakah tempoh masa Kursus VTO dijalankan ?
Kursus VTO dijalankan selama 9 Bulan iaitu : 3 bulan Teori & 6 bulan Praktikal, tempat praktikal dipilih oleh pelajar sendiri samada Swasta / Kerajaan .
Saya mempunyai Diploma/Ijazah daripada IPTS, bolehkah memohon untuk VTO?
Maaf. Peserta yang layak untuk mengambil VTO adalah peserta yang mempunyai Sijil Kemahiran 3 keatas
Saya Mempunyai SKM 3 tetapi sijil saya belum diterima. Bolehkah saya memohon untuk VTO?
Boleh sekiranya mempunyai bukti telah tamat pengajian
Syarat Kelayakan
Warganegara Malaysia
Berumur 18 hingga 55 tahun
Lulus SPM
Mempunyai sekurangnya Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 (SKM3)
CU 1 - Teaching and Learning Implementation
CU 2 - Competency based curriculum development
CU 3 - Competency assessment development
CU 4 - Teaching and learning materials development
CU 5 - Co-curriculum Activities Implementation
CU 6 - Training facilities security and safety administration
CU 7 - Instructional delivery