Melaksanakan projek yang diamanahkan dengan cekap dan cemerlang demi memenuhi kehendak pelanggan.
Menjadi perintis dalam melahirkan modal insan yang berkualiti , terampil, dan berdaya saing.
Menjadi perintis dalam melahirkan modal insan yang berkualiti , terampil, dan berdaya saing.
Menyediakan pengajaran dan pembelajaran yang relevan dan berterusan bagi melahirkan professional yang berkebolehan menyumbang kepakaran dalam pendidikan dan pembangunan industri negara.
Menggunakan teknologi dan sistem terkini untuk menguruskan dan melaksanakan projek yang berkualiti.
Komited dalam penyumbangkan tenaga kerja mahir yang memenuhi keperluan industri pekerjaan untuk peningkatan ekonomi Negeri Sabah khasnya dan Malaysia amnya.
Syarikat Kskill Training Centre Sdn Bhd merupakan syarikat bumiputra dan juga satu satunya Pusat Bertauliah bagi Operasi Latihan Vokasional (VTO) di Sabah, yang berkelayakkan untuk menjalankan kursus Operasi Latihan Vokasional dibawah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) . Kursus yang dijalankan dapat membantu para graduan dari Kolej Kemahiran serta mereka yang mempunyai pengalaman kerja selama dua (2) tahun untuk menjadi tenaga pengajar dalam bidang kemahiran masing-masing di institut kemahiran kerajaan dan swasta. Kursus Operasi Latihan Vokasional merupakan syarat wajib bagi mereka yang ingin menjadi tenaga pengajar kemahiran. Selain itu Kskill juga mengadakan latihan jangka pendek untuk bagi membantu mereka yang tidak mempunyai asas kemahiran . Sejak mula beroperasi pada tahun 2015, syarikat ini telah berjaya melatih belia, beliawanis, surirumah dan ibu tunggal dalam usaha untuk membantu meningkatkan taraf kehidupan dan ekonomi mereka samada pengendalian kursus /latihan kemahiran secara bersendirian atau berkerjasama dengan beberapa syarikat dalam menjayakan aktiviti atau projek yang dijalan oleh syarikat. Pengalaman dan pengetahuan dalam menjayakan aktiviti ini membolehkan syarikat ini berjaya mencapai matlamatnya dalam setiap program yang dilaksanakan.
Kearah pembangunan modal Insan yang berketerampilan menjelang tahun 2020
What others say about us
Pandangan saya terhadap Kskill Training Centre semasa belajar disana, cara pembelajarannya tidak terlalu sukar dan senang difahami setiap modul yang diajar. Juga perkhidmatan yang di tawarkan sangat memuaskan. Guru yang mengajar juga sangat mesra dan juga memberi respon yang sangat baik. Staf-staf yang bekerja di Kskill juga memberi layanan yang baik. Saya sangat berpuas hati kerana semua pihak dapat bekerjasama bagi menyelesaikan masalah yang timbul. Di Kskill juga banyak yang dapat saya pelajari cara bagaimana mengajar dengan betul.
sepanjang pengajian di Kskill Training Centre segala pengurusan untuk pengajian senang untuk diselesaikan, tenaga pengajar sangat memberikan kesan yang baik dan mudah untuk difahami,semua yang di pelajari senang untuk di difahami. setiap kakitangan semua memberikan layanan yang baik.saya juga sangat berterima kasih kepada Kskill sepanjang pengajian semuanya dalam keadaan yang baik dan tiada masalah yg kritikal.Kskill juga banyak mengajar saya erti menjadi seorang pendidik yang beribawa dan tidak lupa juga tips2 yang sangat berguna dalam hidup saya sampai selama-lamanya
semasa menjalani pengajian disana, daripada segi pegurusan sangat memuaskan dan segala urusan yang di jalani selesai dengan cepat. Seterusnya dari segi pembelajaran pula, semua cocu dapat di fahami dengan mudah. Tenaga pengajar dan kakitangan dalam Kskill Training Centre juga peramah.
klu semasa tu, sya dpt ilmu mcm mna utk jd tenaga pengajar. dpt kwn2 baru. dpt pendidik baru. dpt pengalaman baru. dpt kurangkan rasa malu dlm diri utk bcakap dpn org ramai. dpt rasa apa yg cikgu2 kami dlu rasa
dari segi pembelajaran saya dpt memahami dgn cepat, tenaga pengajar jugak memberikn tnjuk ajar dgn jelas dan ringkas. Overall utk saya xda masalah sepanjang sy belajar di kskill.







Leave a Reply
Want to join the discussion?Feel free to contribute!