JPSM, Petra Energy Berhad metrai MoU

by Sitti Nor Azizah Talata

Mohd Shafie (tengah) menyaksikan penyerahan replika cek daripada Anthony kepada Zainuddin. – Gambar SNT/Ihsan Jabatan Penerangan
Mohd Shafie (tengah) menyaksikan penyerahan replika cek daripada Anthony kepada Zainuddin. – Gambar SNT/Ihsan Jabatan Penerangan

KOTA KINABALU: Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) dan Petra Energy Berhad memetrai perjanjian persefahaman (MoU) bagi menjalinkan kerjasama pintar membangunkan sumber manusia dalam bidang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).

Menerusi perjanjian itu yang disaksikan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Petra Energy menyumbang sejumlah RM300,000 kepada JPSM untuk memperkukuhkan kewujudan jabatan itu mempertingkatkan nilai kebolehpasaran graduannya.

Dalam majlis menandatangani perjanjian itu, JPSM diwakili Pengarahnya, Zainuddin Aman manakala Petra Energy Berhad oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Datuk Anthony Bujang.

Turut hadir di majlis itu ialah Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau, Datuk Jaujan Sambakong dan Datuk Christina Liew.

Mohd  Shafie (tiga dari kiri) dan Dr Yusof (dua dari kanan) turut hadir pada  majlis menandatangani perjanjian persefahaman di antara JPSM dan Petra  Energy Berhad. – Gambar SNT/Ihsan Jabatan Penerangan
Mohd Shafie (tiga dari kiri) dan Dr Yusof (dua dari kanan) turut hadir pada majlis menandatangani perjanjian persefahaman di antara JPSM dan Petra Energy Berhad. – Gambar SNT/Ihsan Jabatan Penerangan

Hadir sama Menteri Pelajaran dan Inovasi, Datuk Dr Yusof Yacob; Menteri Pembangunan Infrastruktur, Datuk Peter Anthony; Menter Pembangunan Luar Bandar, Datuk Benedick dan Menteri Belia dan Sukan, Phoong Jin Zhe.

Zainuddin berkata, MoU dengan Petra Energy menjadikan kerjasama pertama kedua pihak selepas Petronas terjalin lebih 10 tahun lalu.

“Hubungan akrab ini dengan suntikan RM300,000 kepada pihak JPSM akan memungkinkan peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran penuntut JPSM.

“Saya pasti sumbangan ini akan berterusan pada masa depan. JSPM sememangnya sedang mengatur langkah untuk mempertingkatkan lagi kerjasama pintar dengan pelbagai pihak,” katanya.

Mohd  Shafie (empat dari kiri) menyerahkan surat tawaran kepada penuntut JPSM  yang terpilih melanjutkan pelajaran ke UniKL. – Gambar SNT/Ihsan  Jabatan Penerangan
Mohd Shafie (empat dari kiri) menyerahkan surat tawaran kepada penuntut JPSM yang terpilih melanjutkan pelajaran ke UniKL. – Gambar SNT/Ihsan Jabatan Penerangan

Dalam majlis itu juga Mohd Shafie menyampaikan surat tawaran kepada empat penuntut JPSM bertaraf sijil yang terpilih melanjutkan pengajian dalam bidang minyak dan gas di Universiti Kuala Lumpur (UniKL).

Zainuddin berkata kajian dan penyediaan Blueprint Human Capital Development for Sabah 2021-2035 yabg akna disiapkan dengan kerjasama IDS/Upen mejnelang hujung tahun ini menjadi bukti kesungguhan JPSM menyahut cabaran kerajaan menyediaan pelan tindakan jangka panjang holistik pembangunan sumber manusia negeri ini.

Sementara itu Anthony berkata syarikat itu teruja dengan kerjasama dengan JPSM dan berharap kolaborasi kedua pihak dapat menghasilkan kejayaan dalam melahirkan pelatih dan pekerja berkemahiran dalam program diceburi.

“Kami berharap permulaan kolaborasi ini akan mewujudkan lebih banyak kerjasama dengan pelbagai pihak relevan di negeri ini sekaligus memperlihatkan sokongan kepada agenda pembangunan kerajaan Sabah,” katanya. – SabahNewsToday

Source : Sabah News Today

Check Our available Courses

0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply