Kskill Training Centre

Pusat Bertauliah

L02574

Sijil Kemahiran Malaysia(SKM) Melalui PPT-AMALI

PPT- PENILAIAN AMALI

Yuran: (Sedang Dikemaskini)
Kaedah Bayaran: Cash Deposit/Transfer/Cash

Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) dulu dikenali sebagai Pentauliahan Pencapaian Terdahulu – satu kaedah untuk memberi pengiktirafan kepada mana-mana individu yang boleh membuktikan keterampilan yang digariskan di dalam Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK/NOSS) berdasarkan kepada pengalaman dan pencapaian terdahulu yang dimiliki.

Terbuka kepada sesiapa sahaja yang mempunyai kemahiran dan pengetahuan tanpa mengambil kira bila, bagaimana dan di mana ianya diperolehi sama ada melalui pengalaman kerja, pengalaman hidup ataupun latihan (formal atau tidak formal).

Mengapa perlu SKM? :
1. Memperolehi Sijil dalam masa yang singkat (tidak perlu menghadiri kelas/latihan/menduduki ujian)

2.Peningkatan kerjaya dalam industri pekerjaan anda untuk memerlukan kelayakan formal untuk urusan kenaikan pangkat.

3. Peluang yang lagi luas untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

 

Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) adalah sijil kemahiran yang dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) untuk membuktikan keterampilan dan kemahiran pekerja yang bekerja dalam bidang mengikut piawaian industri.

SKM diiktiraf oleh semua industri di Malaysia. Memiliki SKM juga dapat membuktikan bahawa anda layak dalam bidang anda mengikut piawaian industri.

Terdapat beberapa kaedah untuk mendapatkannya. Baru-baru ini, JPK telah menawarkan satu kaedah Penilaian Amali di mana calon diminta untuk melakukan beberapa tugas amali yang diberikan kepadanya untuk membuktikan keterampilan dan kemampuan melaksanakan tugasan tersebut.

Dilantik oleh JPK sebagai penyelaras dan pengatur sesi penilaian amali.

Tugas utama Kskill Training Centre adalah untuk menyediakan dan menyusun lokasi penilaian amali, menetapkan tarikh penilaian amali, menyediakan kemudahan, pendaftaran calon dan sebagainya.

  1.  calon harus memeriksa tarikh penilaian amali terlebih dahulu dan pastikan tugas-tugas amali boleh dilakukan. Selepas itu, sediakan dokumen pendaftaran dan serahkannya lebih kurang 30 hari awal sebelum tarikh penilaian amali. Buat bayaran.
  2. Serahkan Dokumen Asli ke Pejabat Kskill Training Centre
  3. Kskill akan menyerahkan dokumen pendaftaran dan bayaran kepada JPK. Pengesahan tarikh sesi penilaian amali akan ditetapkan oleh JPK berdasarkan kejayaan pendaftaran dibuat.
  4. Kskill akan menghubungi calon melalui sms / WhatsApps / panggilan sekiranya pendaftaran berjaya dibuat.
  5. Pada tarikh penilaian amali, calon perlu hadir dan dikehendaki melakukan tugas-tugas amali yang diberikan kepadanya di depan Pegawai Penilai Luaran (PPL) yang dilantik oleh JPK sebagai pengesah / saksi sepanjang sesi penilaian amali.
  6. PPL juga berhak menemuduga calon pada masa penilaian amali dijalankan.

Ini adalah program SKM single-tier yang diluluskan oleh JPK, khas untuk membantu pekerja industri mendapatkan SKM Tahap 3. Sekiranya calon gagal melaksanakan tugasan, beliau tidak dapat memperoleh apa-apa SKM. Oleh itu, kami menyeru calon untuk memahami aliran proses dan memastikan sama ada mampu melaksanakan tugasan sebelum mendaftar.

Kskill tidak akan membayar balik yuran pendaftaran kepada calon sekiranya gagal.

Kskill Training Centre tidak menjamin seseorang calon lulus. Calon harus terlebih dahulu memahami aliran proses dan memastikan sama ada beliau mampu melaksanakan tugasan tersebut sebelum mendaftar program ini. Ikuti langkah dan soalan yang diberi dan siapkan tugasan dalam masa yang ditetapkan di depan PPL merupakan salah satu kunci kejayaan memiliki SKM.

Syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia

  • Umur

    Peserta kenalah berumur minima 18 tahun untuk pemohon untuk SKM-PPT-Amali

  • Lulus SPM

    Peserta kena lulus Sijil Pelajaran Malaysia

  • Pengalaman Kerja

    • Mempunyai Pengalaman kerja 3 tahun untuk memohon tahap 3 dan;
    • Mempunyai Pengalaman kerja 2 tahun untuk memohon tahap 2

Program Ditawarkan

  • Pengurusan Pejabat(FB-024-2:2012)

  • Penyelia Pengurusan Pejabat(FB-024-3:2012)

  • Pemasangan & Penyelenggaraan Elektrik- Satu Fasa(EE-320-2:2012)

  • Pemasangan & Penyelenggaraan Elektrik- Tiga Fasa(EE-320-3:2012)

KURSUS MENGGUNTING RAMBUT LELAKI

Untuk makluman, kami akan mengadakan kursus menggunting rambut lelaki pada 10 ogos 2020 hingga 14 ogos 2020 bertempat Dewan Kg. Kebangbangan Paitan, Sandakan Sabah. Sehubungan dengan itu, seramai 20 orang sahaja yang diperlukan untuk mengikuti…

PENGAMBILAN PELATIH UNTUK INTAKE SETERUSNYA

Dengan ini, pengambilan bagi INTAKE seterusnya akan bermula pada 10 JUN 2020 selepas tamat Pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP). Jika ingin memohon memasuki Vocational Training Operation (VTO) sila isi form dan boleh hubungi pihak…

PENGURUSAN SISTEM PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA (SPKM) SEPANJANG PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP)

Pandemik COVID-19 telah memberikan kesan yang sangat besar kepada negara-negara di seluruh dunia dan tidak terkecuali Malaysia yang turut terkesan dalam semua aspek. Di Malaysia, kes pertama jangkitan COVID-19 telah dikesan pada 23 Januari…
,

VERIFIKASI PPL 720 BAGI INTAKE JULAI 2019

Pegawai pengesah luaran (PPL) bagi verifikasi 720 jam yang dilaksanakan oleh En. Shamsul Nizam Bin Mohd Sidik dari Kolej Vokasional Kudat. Tahniah! kepada pelatih yang telah lulus dalam PPL tersebut. Diharap semua pelatih dapat pekerjaan…
kskill training centre sdn bhd

Berita Terkini Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)

Permohonan JuniorSkills Competition 2020 telah dibuka... Program Bimbingan Pentauliahan SLaPB 2020... Prosedur Permohonan Transkrip Bagi Graduan DKM/DLKM Untuk Tujuan Kemasukan Ke Program Ijazah Sarjana Muda ... Arahan Ketua…
,

VERIFIKASI PPL 360 INTAKE OCT 2019

Pegawai pengesah luaran (PPL) bagi verifikasi 360 jam

JPSM, Petra Energy Berhad metrai MoU

by Sitti Nor Azizah Talata Mohd Shafie (tengah) menyaksikan penyerahan replika cek daripada Anthony kepada Zainuddin. – Gambar SNT/Ihsan Jabatan Penerangan KOTA KINABALU: Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) dan Petra Energy…

© Copyright 2020 - Kskill Training Centre Sdn Bhd
Need Help? Chat with us
Please accept our privacy policy first to start a conversation.